Ramai orang yakin yang emas adalah bentuk pelaburan yang boleh mengatasi inflasi. Sejarah juga telah membuktikan bahawa emas akan menjadi pilihan apabila berlaku ketegangan yang mengancam ekonomi negara, seperti inflasi yang tinggi, krisis kewangan atau perang.
Inflasi merupakan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Inflasi akan mengikis nilai wang anda. Jika inflasi 10% setahun, maka barang dan perkhidmatan yang sekarang bernilai RM10,000, akan menjadi RM11,000 atau dua kali ganda selepas 10 tahun.
Terdapat tiga jenis inflasi:
1. Inflasi Sederhana, iaitu di bawah 10% setahun.
2. Inflasi Ganas, iaitu apabila berada pada tahap 2 digit (10 persen hingga 99 persen) setahun
3. Inflasi Hyper, apabila inflasi berada pada tahap 3 digit setahun (melebihi 100 persen).
Persoalannya, apakah yang boleh dilakukan apabila menghadapi inflasi? Sebagai individu, dan bukannya sebagai pemerintah, kita mungkin tidak dapat menurunkan inflasi. Sebagai individu, sepatutnya kita cari jalan untuk perolehi keuntungan bila berlakunya inflasi. Bagaimana caranya? Saya sarankan agar melabur dalam instrumen yang akan menjadi semakin tinggi apabila berlakunya inflasi. Apakah instrument itu? Emas.
Ketika Cina diserang oleh Jepun pada masa perang Dunia, rakyat Cina panik dan mereka berebut-rebut menyerbu emas sehinggalah emas naik luar biasa. Di Indonesia, apabila berlaku kacaubilau di Pasar Swalayan pada 8 Januari 1998 (pagi sebelum pengumuman APBN oleh Presiden Suharto di hadapan DPR), harga emas terus melonjak. Selang dua hari saja, harga emas naik lebihkurang sebanyak 1.5 kali. Harga tersebut terus cenderung untuk naik hingga ke waktu ini, walau pun ada kala berlaku penurunan, sebelum akhirnya turun kembali selepas inflasi kembali di bawah dua digit di Indonesia.
Berdasarkan fakta, bila belakunya inflasi yang tinggi, harga emas akan naik lebih tinggi daripada inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi kenaikan harga emas. Statistik menunjukkan bahawa apabila inflasi mencapai 10 peratus, makan emas akan naik 13 peratus.
Itulah sebabnya disarankan melabur dengan emas, kerana emas boleh menjadi penangkal inflasi. Semakin tinggi inflasi, biasanya emas akan semakin tinggi harganya.
Terdapat pelbagai bentuk emas: antaranya sebagai perhiasan atau pun dalam bentuk jongkong, dan mungkin dalam bentuk siling. Emas perhiasan biasanya melibatkan kos membiayai upah, bererti harganya lebih tinggi. Sungguh pun begitu, ERA EMAS biasanya menjual rantai emas tanpa harga upah sepertimana biasa dilakukan oleh gedung-gedung emas ternama yang lain.
Olehkerana memilikki emas melibatkan tempat simpanan yang selamat, sudah tentulah perlu dikenalpasti di mana perlu disimpan emas berkenaan. Adalah disyorkan untuk pembeli emas memahami konsep Arrahnu yang boleh membantu menyimpan emas dengan kos yang berpatutan, tetapi dalam masa yang sama membolehkan penyimpan memperolehi keuntungan daripada kenaikan harga emas. Perbincangan tentang Arrahnu terdapat dalam artikel : http://era2emas.blogspot.com/2011/08/sistem-pajakan-islam-arrahnu.html
Emas perhiasan terdapat dalam bentuk 18- 24 karat. Untuk pelaburan, eloklah dipilih emas bernilai 24 karat (99.9% emas).
Bagi emas jongkong, harga nya tidak melibatkan kos upah tukang, jadi emas jongkong memang sesuai untuk tujuan pelaburan. Sungguh pun begitu, Bank-bank atau institusi kewangan mungkin tidak menerima emas jongkong sebagai sandaran Arrahnu. Perkara ini perlulah disemak dengan institusi berkenaan.
Secara ringkasnya, emas sememangnya pembelian terbaik bagi melindungi nilai semasa wang anda daripada tekanan inflasi. Bila lagi waktu sesuai untuk melabur? Jika anda ada wang samada dalam bentuk simpanan atau tunai yang melebihi keperluan hidup, mulalah membeli emas.
No comments:
Post a Comment