Sejak zaman dahlu lagi emas telah digunakan untuk perhiasan dan wang. Mereka menggunakan emas dalam objek keagamaan dan karya seni. Peperangan belaku juga disebabkan berebut emas.
KENAPA EMAS BERHARGA?
Emas bukannya logam biasa. Ia tidak berkarat atau menjadi kusam dan berubah warna. Wang emas putih yang tenggelam masih boleh digilap sebelum ia tenggelam.
Emas amat sesuai dijadikan perhiasan dan barangan lainnya. Satu auns (bersamaan 31 gm) emas dapat ditempa menjadi hamparan 16 kaki persegi (5 m2). Emas juga boleh ditarik untuk membentuk dawai sepanjang 100 kilometer.
Sangat sukar untuk melombong emas, dan sukar juga untuk ditemui lombong yang baru. Seluruh emas di dunia hanya boleh memuat satu kiub berukuran 20 meter setiap sisi. Olehkerana kuantiti yang terhad, jumlah ini tidak akan berubah dari tahun ke tahun berikutnya, sedangkan permintaan untuk emas semakin bertama.
MENDULANG EMAS
Cara termudah untuk mendulang emas adalah menggunakan dulang. Isikan dulang dengan pasir atau kerikil yang berisi potongan-potongan kecil emas. Kemudian putarkan dulang dengan cara lembut di bawah air. Batu-batu kerikil atau pasir secara berperingkat dicuci dengan air. Partikel-partikel emas akan terkumpul di bawah dulang. Olehkerana emas adalah berat, ia hanya perlu beberapa serpihan kecil untuk menjadi satu auns.
Hari ini emas dilombong di bawah tanah dengan menggunakan mesin. Batu-batu yang berisi emas bertindakbalas dengan bahan kimia yang akan memisahkan emas. Nugget dari emas yang tulin jarang sekali ditemui. Nugget yang terbesar pernah ditemui adalah seberat 130 pound atau 59 kg. Ia ditemui di Australia pada tahun 1899. Pada masa ini dua pertiga emas di lombong di Afrika Selatan.
BAGAIMANA EMAS DIGUNAKAN?
Emas boleh digunakan untuk pelbagai perkara selain daripada siling, jongkong dan perhiasa. Emas adalah pengalir elektrik yang sangat baik. Olehitu, sesuai digunakan dalam litar kecil. Jadi sememangnya terdapat sejumlah kecil emas terdapat dalam komputer anda.
Emas juga digunakan untuk melindungi gedung-gedung tinggi dan pesawat ruang angkasa dari panas matahari. Sinar matahari yang memantul pada lapisan nipis emas/ Emas juga melapisi teleskop. Doktor gigi masih menggunakan emas untuk tampalan gigi. Bahkan emas terdapat dalam ubat-ubatan untuk merawat kanser dan athritis.
KETAMAKAN EMAS
Emas membuatkan manusia yang memilikkinya menjadi kaya. Banyak terdapat cerita rakyat tentang haloba mendapatkan emas. Kisah kuno tentang Raja Midas yang tamak, dan mahukan setiap satu yang disentuhnya menjadi emas telah menyebabkan Raja berkenaan menyesal. Dia tidak boleh makan dan minum kerana segala yang disentuh menjadi emas.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Eropah sanggup ke Asia Timor dan Amerika Selatan kerana berebut-rebut mencari emas. Pada tahun 1500 an, Mexico menjadi jajahan takluk Sepanyol dan Peru, kerana penduduk peribumi di sana tidah pernah menganggap emas sebagai logam berharga.
Kesimpulannya, dari zaman dahulu hinggalah sekarang emas tetap menjadi logam berharga dan menjadi rebutan. Cuma, bila pula kita akan sedar dan mula untuk membeli emas?
No comments:
Post a Comment