Tuesday, 30 August 2011

Sejarah Orang Melayu Rugi Dengan Emas

Pada masa ini, kita tahu bahawa harga emas semakin meningkat. Satu masa dulu, apabila harga emas 1 gram adalah RM36 pun orang kata mahal. Bila harga naik ke RM70/gm pun orang kata mahal. Sekarang ni, harga emas RM190/gm, memanglah orang kata mahal.

Entah bilakah akan murah emas ni ye?

Nak tahu samada harga emas mahal atau tidak, marilah kita singkap sejarah orang Melayu rugi.

1. Sebelum Jepun datang ke Tanah Melayu, British memperkenalkan duit British yang disandarkan dengan emas. Bila Jepun serang Tanah Melayu, duit kertas British yang kita pegang dah tidak bernilai, dan emas yang disandarkan dibawa balik ke Britain. Habis kekayaan kita disapu.

Berjuta-juta tan emas orang melayu rugi sebab duit kertas British tak lau laku, dan tak boleh ditukar kepada emas.

Lepas tu, Jepun datang dengan duit daun pisangnya.

duit daun pisang zaman jepun - masih boleh guna lagikah sekarang?

duit daun pisang zaman jepun - masih boleh guna lagikah sekarang?

Masa Jepun memerintah, lakulah sekejap duit tu, tetapi waktu Jepun perintah, duit tu tak bernilai. Orang Tanah Melayu rugi lagi. Bertan-tan emas hilang.

Tahun 1997, krisis ekonomi Asia, Malaysia lingkup dan hampir lingkup.

Kertas ringgit hilang separuh nilainya dari nilai asal.

Yang kaya jadi miskin , yang miskin terus lingkup.

Tapi, dari tiga-tiga peristiwa ni, orang yang simpan emas dan perak, yang terselamat.

Sebabnya, harta mereka tersimpan dan aset mereka terjaga.

Lepas habis setiap tragedi tersebut, yang simpan emas perak, meneruskan kehidupan macam biasa.

Mereka yang ada emas akan pajak atai jual emas atau perak dan duit yang diperolehi diguna untuk urusan jual beli barang lain.

Itu Cerita RIngkas.

Hari ni, adalah diharap ramai yang semakin celik tentang kepentingan emas sebagai asset, pelindung daripada inflasi.

Jadi, kepada orang yang ada duit, belilah emas dan Perak. Duit yang ada tu setakat untuk urusan membeli dan kegunaan harian sahaja.
Dan sekarang ni, dah makin banyak orang sibuk cakap pasal dinar dirham, berjual beli dengan emas dan perak.

Beli barang pasar (barang-barang kecil), guna dirham (syiling perak).

Beli barang besar (rumah, kereta, motor, kambing, lembu dll) guna dinar (emas).

Untuk mengetahui nilai dinar dan dirham,

Spesifikasi Dinar Emas

Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang kedua telah menetapkan piawaian Dinar adalah seperti berikut:

1 Dinar bersamaan 4.25 gram emas 916.6
1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999

Pada hari saya menulis, 1 gram emas mengikut harga FGJAM adalah RM190/gm untuk emas 916. Ertinya 1 Dinar bersamaan RM807.50.


Jadi, saya bagi kesimpulan sikit.

1 dirham ( 3 gram perak ) 1400 tahun dulu boleh beli seekor ayam, hari ni, 1 dirham boleh beli 1 ekor ayam juga.

Kalau nak tukar ke duit kertas, hubungi kepada penjual yang kita beli emas atau perak dulu tu, dia nak beli balik tak emas/perak yang dia jual dulu?…

Kalau nak guna terus pun boleh, in sya allah, sekarang ni, dah ramai orang sedar pasal emas perak, dinar dirham ni, jadi dalam masa setahun ni, akan ada perubahan besar berlaku.

Eh, eh…tahu tak apa yang pakar-pakar ekonomi barat cakap pasal ekonomi dunia pada 2012 nanti?…

(bukan nak meramal atau nak jadi tukang nujum ke apa ke, tapi mereka cakap berdasarkan fakta. Penunjuk arasnya, harga emas perak tahun lepas dan awal tahun ni, naik antara paling tinggi dalam sejarah)

Kalau dah ada emas dan perak, cerita kat kawan-kawan lain ajak simpan sama.

No comments:

Post a Comment