Monday, 29 August 2011

Panduan Membeli Barang Kemas

Kaum wanita khususnya amat berminat membeli emas untuk dijadikan perhiasan. Emas sememangnya menyerlahkan keanggunan wanita, dan kaum Adam yang menyayangi isteri, kekasih, anak perempuan, dan ibu akan membelikan emas sebagai hadiah menandakan kasih sayang berpanjangan.

Sungguh pun begitu, had pemakaian barang kemas tidaklah boleh melebihi 100 gm. Ada pendapat mengatakan emas yang lebih daripada 90 gm perlu dibayar zakat oleh penyimpan. Ertinya, kalau lebih daripada had itu, dah tidak sesuai lagi untuk jadi barang kemas.

Bagaimana cara nak membeli barang kemas? Berikut adalah tip yang berguna:

1. Semak harga semasa yang ditentukan oleh FGJAM (http://www.fgjam.org.my).
2. Semasa membeli emas, bandingkan dengan harga FGJAM. Carilah penjual yang boleh menjual harga terbaik di bawah harga FGJAM.
3. Bandingkan harga upah yang dikenakan oleh kedai-kedai emas. Biasanya harga inilah yang membezakan antara satu penjual dengan yang lain.
4. Pilih barang kemas dengan gred 916 (22K) ke atas. Perlu diingat emas 24K(999.9) mungkin tidak sesuai dijadikan barang kemas, kerana agak lembut.
5. Pilihlah design yang padu dan tebal supaya lebih tahan lasak. Design yang nipis akan mudah kemek, putus, bengkok atau patah. Design yang padu juga membolehkan mesin densimeter membaca lebih tepat gred emas. Jadi, apabila diletakkan di Arrahnu, nilai emas adalah dikira gred yang betul.
6. Elakkan barang kemas yang ada batu permata. Kenapa? 1. Menyukarkan penilaian yang dibuat oleh Arrahnu, sebab timbangan hanyalah untuk emas sahaja. 2. Apabila dijual kembali pun, harganya jauh lebih rendah kerana nilaian adalah untuk emas semata-mata dan tidak diambilkira nilai batu permata.
7. Pilih kedai yang boleh mengambil semula barang kemas dengan nilaian yang tinggi.


6.

No comments:

Post a Comment